Pages

agoda.com INT Lazada MY

Terima sahaja SBPA: Setuju?

Salam semua, kenapa tiba-tiba terasa isu SBPA menjadi tempat dihati kakitangan awam sekarang? Adakah ada perasaan tidak puas hati yang begitu ketara sehinggakan CUEPACS ingin berjumpa dengan PM? 

Bagi aku, setiap decision yang dibuat ada pro dan kontra. Jika SBPA dilaksanakan, jangan risau pasal perberhentian yang mungkin ada jika kakitangan awam tidak perform. Jadikan ia cabaran untuk jadi kakitangan yang proaktif dan terus berkualiti dalam memberi perkhidmatan. Takkan nak usik sedikit keselesaan selama ini tidak boleh? Jika kakitangan yang sudah tua dirasakan tidak lagi proaktif, mungkin boleh bersara dan berehat. Perlu apa nak dipaksa badan jika tidak mampu lagi. Jika diteruskan bekerja, nanti dikatakan makan gaji buta. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Pegawai yang menilai pun sudah tentu ada justifikasi untuk menilai golongan seperti ini sewajarnya.

Kakitangan awam sewajarnya memikirkan ini sebagai batu loncatan untuk lebih maju seperti di sektor swasta. Kita tidak boleh lagi disuap dengan sudu oleh kerajaan. Kadang kala mentaliti kita perlu lebih maju untuk menjadi penduduk di negara maju dengan berpendapatan tinggi. Jika kerajaan dah berikan insentif yang baik, perlula ada pengorbanan yang perlu dibuat. Bukannya memikirkan SBPA membuatkan budaya membodek pegawai berleluasa. Apakah budaya ini tidak terjadi sekarang? Pegawai yang diamanahkan perlu professional dan tidak memilih bulu dalam membuat penilaian ke atas orang bawahan.

Semua orang perlu memberi komitmen dan peranan yang sewajarnya jika mahu menjadi kakitangan awam yang cemerlang. Kita tidak boleh lagi hanya selesa dengan keadaan sekarang. Sedarlah kakitangan awam semua. Bina balik segalanya seperti dahulu. Bila sebut sahaja pegawai atau staf kerajaan, orang kampung, jiran dan sanak saudara memandang tinggi jawatan tersebut. Bila sebut sahaja kakitangan awam sekarang, banyak yang diperlecehkan.

Ini hanya pendapat dari pengamatan setelah 6 tahun bergelar kakitangan awam.

No comments:

Post a Comment