Pages

agoda.com INT Lazada MY

Jauh Perjalanan Luas Pengalaman

Penjaja di luar sebuah stadium

Ada pepatah mengatakan 'Jauh Perjalanan Luas Pengalaman'. Anda percaya atau tidak dengan ungkapan tersebut?. Mestilah percayakan. Sebab memang ada kebenarannya. Jika kita berpeluang untuk mengenali tempat orang, tentu akan ada pengalaman yang boleh ditimba sewaktu di tempat orang tersebut. Tidak kiralah tempat yang dimaksudkan adalah daerah, negeri ataupun negara. Asal bukan tempat atau 'kawasan' kita diami, pastinya ianya asing dan menjanjikan pengalaman yang boleh ditimba.

Daripada aku melalut tak tentu ala, baik just straight to the point, 1 Feb hingga 5 Feb 2012  yang lalu, aku berkesempatan untuk bercuti bersama keluarga di Bandung, Indonesia. Walaupun tujuan bercuti untuk menghilangkan beban kerja di Malaysia, banyak perkara dan pengalaman yang dapat aku timba di sana.

Dipendekkan cerita, walaupun Banudung syurga membeli belah sama ada untuk warga Malaysia mahupun Indonesia,terdapat 1001 kisah dan ragam penduduk disini yang dapat sama-sama kita pelajari. Antara yang aku ingin kongsikan ialah sikap kuat bekerja dan tidak mengenal erti putus asa warga Bandung.
Penjaja makanan

Sejak aku jejakkan kaki dibumi Paris Van Java ini, aku dapat saksikan ramai warganya yang gigih bekerja tidak kira malam mahupun siang. Mereka boleh aku gambarkan seperti masyarakat Cina di Malaysia. Lihat sajalah 'gerai roda' menjual bakso,mee ataupun nasi yang diusung ke sana ke mari tanpa mengenal lelah. Sampaikan aku terfikir adakah ada orang yang beli makanan ini sedangkan peniaga sedemikian ramai disana. Terlalu ramai. Habiskah jualan mereka? Aku tidak pasti. Yang aku pasti, aku kagum dengan kesungguhan mereka mengerah tulang 4 kerat demi sesuap nasi ataupun pendapat buat famili.

Daripada pengamatan aku, bumi Bandung amat bertuah, makanannya murah,enak dan segar. Aku boleh jamin yang tiada masyarakat Bandung tidak cukup makan. Mereka mungkin miskin dari segi kebendaan tetapi untuk meneruskan hidup, mereka ada makanan yang mencukupi. Aku berpeluang untuk menikmati restoran bertaraf 6 bintang disana yang sangat esklusif seperti di Kampung Daun, The Valley dan Sang Kuriang. Tempatnya indah dan menarik, mengidangkan makanan yang enak-enak dan segar dengan harga yang amat berpatutan. Patutlah ramai rakyat Malaysia ke sini untuk berbelanja.
Mee Jawa yang popular di Jakarta

Salah satu sikap yang aku kagum dan puji di Bandung ini adalah sikap suka berterima kasih untuk segala apa perbuatan bantuan,pertolongan ataupun perkidmatan. Boleh dikatakan dimana sahaja jika kita berurusan akan diakhiri dengan ucapan terima kasih yang ikhlas. Di tempat pembayaran tiket, sentiasa tidak luak ucapan ini oleh warga Bandung. Terasa diri ini dihargai. Sikap ini jarang kita dapat di Malaysia,hatta jika kita membayar tol pun, aku yang ucap terima kasih kepada pengutip tol. terbalik dah jadinya. Itu yang membezakan masyarakat kita dengan masyarakat Indonesia. 
Di Restoran Simpang Raya Nasi Padang

Mungkin sebab inilah ramai gadis Malaysia sanggup tinggalkan Malaysia untuk bersama lelaki Indonesia. Sikap terima kasih , hormati orang ini walaupun tampak terlalu  basic kadangkala dapat memikat hati gadis semasa. Ini cuma pendapat aku. Ianya daripada pemerhatian yang aku amati ketika disini. Mungkin mereka baik sebab hendakkan kita berbelanja dan menghabiskan duit disana, tapi rasanya tidak. Terasa keikhlasan mereka.
Antara peniaga yang menunggu pelanggan

Satu lagi sikap yang aku puji disini adalah sikap bertoleransi semasa mereka. Jika anda berpeluang ke sini, anda akan faham apa yang aku maksudkan. Disini kenderaan berjalan bersimpang siur, semacam tiada sistem jalan raya disini, tapi mereka bertolak ansur sesama mereka dengan memberikan jalan kepada yang utama. Walaupun jalan sesak, tiada maki hamun, bunyi hon marah-marah seperti di KL. Akan ada mereka yg berikan laluan dan pertolongan hatta di jalan raya.
Bersama isteri dan anak di Gunung Berapi Tangkuban Perahu

Benarlah seperti kata 'orang-orang tua' : Jauh Perjalanan Luas Pengalaman. Sesungguhnya memori di Bandung mengubah persepsi diri ke tahap yang lebih luas. Terasa menghargai keamanan dan kemajuan Malaysia lebih lagi setelah melihat kepayahan, kesusahan masyarakat disana. Cuma mereka mungkin mendahului kita dari segi rohaniah iaitu kelembutab, tatasusila dan hormat menghormati yang semakin terkikis di negara ini. Semoga masyarakat Malaysia dapat mencari titik persamaan agar hidup ini lebih aman, makmur dan sejahtera

No comments:

Post a Comment