Pages

agoda.com INT Lazada MY

Perlukah kita untuk sambung belajar lagi?

Soalan cepu emas kat atas ni selalu ditanyakan pada aku semenjak dua menjak ni, tidak kira oleh staf mahupun rakan2 sebaya. Apa pendapat korang pasal hal ni?

Rindu zaman belajar dulu

Bagi aku, setiap manusia akan ada tujuan hidup masing-masing, akan ada hala tuju kemana ingin dibawa. Pada aku, aku tak mau remain status quo aku. Yerla, masih di takuk lama. Dunia kini kian mencabar. Ilmulah yang paling berguna kini, bukan wang ringgit. Jika wang anda anggap paling utama, itu hak anda. Ini bermakna idea kapitalis dah kuasai pemikiran anda. Aku tak salahkan anda semua yang beranggapan sedemikian sebab suasana sekeliling kita yang mengajar kita sebegitu. Adakah ini salah satu fitnah dajal? Wo wo wo, kes berat ni, biarlah cerdik pandai yang membahaskannya. 
Malaysia perlukan lebih ramai Ahli Farmasi

Berbalik kepada persoalan tadi, kata orang jika aku teruskan belajar, maka aku akan terus tenggelam dalam dunia 'rat race'. Yerla, semakin pandai, tapi kerja untuk orang. Erm, itu terletak kepada persepsi seseorang. Kalau korang baca 'Rich Dad Poor Dad' by Robert Kiyosaki, memang dia cakap sebegitu. Persoalannya, adakah korang percaya? Jika korang percaya maka benarlah apa yg mamat tu cakap. Apa rat race ni? Berlari-lari seperti tikus ke? Haha.. tidaklah sebegitu, ianya hanya perumpamaan sahaja. 
Komuniti Servis yang biasa diberikan

Bagi aku, aku ada matlamat serta objektif hidup aku. Aku perlu tingkatkan ilmu pengetahuan ke level yang paling tinggi boleh aku pergi. Walaupun aku agak jeles dengan kakak aku yang dah ada phD dari Jepun, tapi itu bukanlah drive aku yang utama. Kepuasan hati aku yang paling utama. Sebabnya, dalam kerjaya aku sebagai Military Pharmacist, banyak ruang dan peluang yang aku boleh dapat sekiranya berilmu. Aku boleh jadi Lecturer? What? Kata kerja hospital, bila masa nak jadi lecturer? Tak, tentera ada wujudkan program Diploma untuk rekrut-rekrut baru, so akan ada peluang untuk aku curahkan ilmu kepada pelajar aku. Demi mendidik anak bangsa jugak kan? Peluang inilah yang aku taknak lepaskan. Walaupun penat, aku suka bila lihat apa yang aku ajar mereka praktikkan dan akhirnya menjadi perkara yang baik dilakukan seharian. Soal pahala sebab ilmu  yang diajarkan tu tolak tepi dulu, itu kerja tuhan. Yang penting ikhlas.
Military activities


Satu lagi reason adalah Malaysia kini kekurangan Clinical Pharmacist. Yup, jika anda berpeluang pergi ke oversea, healthcare system mereka sgt advance dan sophisticated. Setiap  peringkat perkhidmatan akan ada sistem checking agar perkhidmatan kesihatan pesakit terjamin. Ini termasuklah perkhidmatan Clinical Pharmacist. Jika bernasib baik, mungkin kerajaan adakan elaun pakar untuk Clinical Pharmacist jugak. Mana nak tau. hehe. So, my aim now is to focus on Master of Pharmacy (Clinical).

Pengalaman yang sukar dilupakan
Di dalam tentera ni, peluang untuk menyambung pelajaran sentiasa ada. Seperti di KKM juga sebenarnya, cuma peluang anda lebih cerah disini sebabnya  persaingan tidak terlalu ramai. Maksud aku untuk dapat kan biasiswa. Yup, aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, organisasi telah banyak bagi keistimewaan yang bagi aku amat positif. Mana tidaknya, sekiranya sambung belajar, biasiswa akan diberikan bersama-sama gaji bulanan. So, apa yang dirisaukan lagikan?  Cumanya yang susah sikit mungkin nak handle family matters. Tapi itu InsyaAllah boleh dilakukan. 
Buddies

Dan disebabkan aku amat menyukai kerja-kerja admin and management, target aku yang tertinggi adalah untuk bekerja dengan industri, maksud aku mungkin dengan kilang-kilang farmaseutikal seperti GSK, Pfizer, Sanofi Aventis ataupun yang tempatan or maybe aku ingin buka pharmacy chain seperti Guardian dan Watson sendiri. n that's my aim sebelum settle down. InsyaAllah. Yang penting the first step tu nak kena buat. Apakah first step tu? Yup anda betul: Sambung Belajar. :)

6 comments:

  1. Wah! Salute la.. i rlly impressed with those ppl, just like u. learning is a lifelong process.. i'm on your side if u want to continue studying. no harm, u benefit it. hehe... goodluck with ur master! ^____^

    ReplyDelete
  2. Thank you Jesse. Gud luck in your life too

    ReplyDelete
  3. sambung jek kalau memang dah berminat , pedulikan apa org kata betul tk ?

    ReplyDelete
  4. bro, tanya sikit, cmne ko leh join army?aku baru start prp, bleh share info sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang citernyer bro, berminat ker?

      Delete
  5. me also want to fruther stadi. niwadays sume pandai2...tak mau kita still di tempat yang sama je

    ReplyDelete