Pages

agoda.com INT Lazada MY

Tinggal Kenangan.......

Dalam hidup kita ini, kenangan adalah sesuatu yang indah. Dengan kenangan, kita dapat meneruskan hidup, dengan kenangan, kita dapat belajar dari kesilapan; dengan kenangan juga, kita menjadi diri kita sendiri. Semua manusia memiliki kenangan, samaada kenangan manis mahupun pahit. Tidak pernah pula terdengar kenangan masam dan masin. Ada ke? hehe. Aku percaya, setiap dari kita menyimpan kenangan rapat-rapat dalam hati kita. Ada kenangan yang kita kongsikan dengan mereka yang kita sayang, ada kenangan yang hanya hati kita dan tuhan yang tahu. Setuju?

Bagi aku, kenangan yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila adalah kenangan zaman kanak-kanak. Terkenang diri ini yang dulunya nakal, malas ke sekolah agama, suka ponteng sekolah dan  hanya tahu habiskan masa dengan bermain. Tidak terfikir yang satu hari nanti, hidup ini berubah seperti hari ini. Aku bersyukur dengan setiap apa yang tuhan dah berikan kepada aku. Setiap petunjuk dan kesedaran untuk berubah menjadi seorang yang 'manusia'. Seorang yang menghormati ibu bapa dan belajar untuk terus hidup. Banyak yang Dia sudah berikan kepadaku selama 29 tahun aku hidup dan bernafas di muka bumiNYA. Alhamdulillah dan terima kasih untuk semuanya.

Sekolah Kebangsaan. Sg Pelong (Usaha Sinar Jaya) : Sekolah rendah aku

Kenangan sungguh jejambat ini

Rumah aku mula-mula membesar dulu. Hampir 30 tahun usianya

Ayahku ingin jual rumah ini RM 400k. Ada yang berminat?

No comments:

Post a Comment