Pages

agoda.com INT Lazada MY

Caj RM 0.50 selepas 4 kali pengeluaran

Selamat Hari Pekerja untuk semua yang bekerja. Selepas pengumuman gaji minimum pekerja sektor swasta sebanyak RM 900.00, rata-rata menerima pengumuman tersebut dengan tangan terbuka. Yang tak berapa nak terbuka mungkin pihak majikan. Agaknya la kut. heh!

Tapi entri ini tidak ada kena mengena dengan hari pekerja ataupun hari buruh. Entri kali ini ingin aku luahkan pendapat betapa tidak relevannya caj RM 0.50 dikenakan selepas 4 kali pengeluaran wang ringgit daripada mesin ATM Maybank. Caj ini hanya dikenakan untuk pengeluaran wang yang kelima dan seterusnya dalam bulan yang sama. Persoalannya, adakah perlu caj ini dikenakan? Aku agak jengkel bila terima resit transaksi yang tertulis caj RM0.50 dikenakan pada aku selepas aku membuat pengeluaran.

Aku nak tanyakan disini kenapa perlu ada caj yang sedemikian kepada pelanggan? Tidakkah boleh pihak Maybank menganggap bilangan kali pengeluaran wang adalah hak pengguna? Takkan nak biarkan pelanggan keluarkan wang dengan banyak dan jadi ragu-ragu tentang keselamatan wang tersebut di dalam dompet ataupun beg? Bila caj ini dikenakan, pihak pelanggan terpaksa mengeluarkan wang lebih daripada yang diinginkan untuk perbelanjaan harian.

Bagi aku caj ini bersifat memaksa. Memanglah kita boleh merancang. Tetapi orang seperti aku lebih gemar mengeluarkan wang sedikit demi sedikit. Aku selesa dengan cara itu. Tidak perlu simpan duit berkepok-kepok dalam dompet. Bila banyak duit dalam dompet, mula lah tak boleh kawal sikap berbelanja tu. In a way, dia ada kesan kepada aku. So, aku harapkan agar Maybank hapuskan caj RM 0.50 tu. Tidak cukupkah keuntungan yang anda telah dapat hasil daripada interest atau keuntungan yang anda kenakan terhadap pinjaman daripada kakitangan kerajaan?. Perlukah bersikap kapitalis yang semata-mata mementingkan keuntungan walaupun hanya daripada sekecil-kecil 'pertolongan'. Ini belum lagi cerita pasal caj perkhidmatan atau percetakan jika mahukan butiran penyata transaksi anda.

Harap sangat Maybank dapat memikirkan hal ini. Jika seorang RM 0.50, kalau orang seperti aku ini ada 1 juta. Fikir-fikirkanlah keuntungan 'senang' yang diorang perolehi. Aku dah rasa macam berurusan dengan 'Along' pula. Entahlah. Rasanya bank konvesional yang lain pun seakan-akan ini juga. Fikir-fikirkanlah.

2 comments:

  1. tak setuju....saya pun dah kena...geram pun ada...suka hati kita laa nak draw duit berapa kali pun...apa rasionalnya?
    saje laa tu nak cari duit lebiih

    ReplyDelete