Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kenapa Hanya Farmasi?

Anda perlu juga cerminkan diri anda

Entahla, aku malas nak ulas lebih-lebih isu ketiadaan ubat ini. Jika anda pernah ingat dulu, kecoh satu Malaysia yang ubat di Hospital Melaka habis. Tetapi isu ini lebih seperti menyalahkan Pegawai Farmasi kerana tidak bekerja dengan cekap dan baik.

Berbalik kepada persoalan ketiadaan ubat ini, kita harus lihat kepada peruntukan kewangan yang diperolehi oleh setiap hospital. Sekiranya peruntukan telah habis digunakan, bagaimana hendak membeli ubat dan seterusnya diberikan kepada pesakit. Adakah pesakit membayar duit ubat yang telah hospital kerajaan berikan.

Sebagai Peg Farmasi yang juga terlibat dalam urusan lojistik ubat-ubatan ini, aku juga terasa tempiasnya. Walaupun pernah juga aku dikritik kerana ketiadaan ubat. Bagi aku, isu ini bermusim. Kebiasaanya, peruntukan akan ada pada bulan Februari setiap tahun. Itupun yang paling awal mengikut pengalaman aku. Dan kebiasaanya peruntukan akan habis apabila tiba bulan 10 dan 11. Ketika ini, pada bulan Disember dan Januari tahun berikutnya mengalami masalah.

Peg Farmasi tidak boleh sewenang-wenangnya 'berhutang' dengan syarikat untuk dapatkan ubat-ubatan itu. Ini melanggar peraturan kewangan yang telah digariskan oleh Perbendaharaan Malaysia. Sekiranya pesanan tahun semasa tidak dibayar pada tahun semasa, maka Peg Farmasi yang menguruskannya boleh dikenakan tindakan surcaj. Hal ini yang membuatkan Peg Farmasi tidak berani untuk mengambil risiko. Ialah, katakan jumlah hutang tersebut bernilai ratusan ribu malah ada sesekali mencecah jutaan ringgit, sekiranya didapati bersalah, siapa yang akan dipersalahkan? Peg Farmasi tindakan surcajnya adalah Peg Farmasi terbabit dikehendaki membayar jumlah surcaj yang dikenakan. 

Siapa mahu begitu kan? Nak tolong orang, diri sendiri terjerat. Lebih baik kena marah dari rasa bersalah sentiasa disebabkan melanggari peraturan semasa. Sekiranya kerajaan melonggarkan syarat dan garis panduan dalam Pekeliling Perbendaharaan terbabit seperti memberi kelonggaran hospital-hospital berhutang untuk dapatkan ubat-ubatan daripada syarikat terlebih dahulu, maka langkah ini amat dialu-alukan. Jika tidak boleh, kerajaan terpaksa memastikan bahawa peruntukan di hospital sentiasa mencukupi sebilang masa.

Andai kata peruntukan melebihi apa yang dirancang, pihak hospital kebiasaanya akan memohon tambahan. Kerajaan kena beri demi rakyat keseluruhan. Perlu utamakan keperluan pihak hospital. Jika cara 1 dan 2 tidak boleh, lebih baik kita swastakan perkhidmatan kesihatan. Nak ubat, bayar, nak rawatan, bayar. Sekiranya ini berlaku, maka tiada lagi komplen dan rungutan ketiadaan ubat di hospital kerajaan. 

Pesakit juga perlu memahami masalah ini. Jangan salahkan pihak hospital dengan membabitkan pihak media. Media semestinya mahu mensensasikan sekecil-kecil isu untuk populariti dan ranking. Cumanya, tak kena tempat. Kadang kala pesakit kena bersyukur dan berterima kasih kerana sepanjang mereka menerima bantuan kerajaan sebelum ketiadaan ubat, agak-agak berapa kos yang kerajaan dah belanjakan demi satu orang pesakit. Sekiranya pesakit tahu nilai kos ubat-ubatan mereka. Pastinya mereka tidak akan mengungkit.

p/s: Pernah dengar ke kes ketiadaan ubat di hospital swasta? Tiada kan. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment