Pages

agoda.com INT Lazada MY

Kerana RM34

Mengeluh panjang disaat membaca kisah pencuri dibelasah sebab mengumpil tabung masjid. Pencuri mencuri 2 tabung masjid sebelum dicekup dan dibelasah. Kisah pencuri ini berlaku di Jerteh, Terengganu. Kesian pun ada kepada pencuri ini, mungkin mencuri atas desakan hidup.

Tapi matlamat tidak menghalalkan cara. Tubuh badan pencuri masih kuat jika dilihat dari gambar. Tapi kenapa tidak bekerja? Sanggup mencuri demi RM 34. Jika diringankan tulang mungkin boleh bekerja di McD atau syarikat-syarikat lain dengan gaji minimum RM 900 sebulan. Bukan aku nak mengutuk, tapi realitinya memang begitu. Bangsa Melayu ramai yang hilang punca dan pendirian dek lemas dalam arus kemodenan. Selalu memikirkan jalan cepat untuk mencapai matlamat.

Dikatakan pencuri tersebut dibelasah setelah berkelakuan agresif ketika dicekup, ia ker? Aku tidak menyalahkan pihak yang menangkapnya. Cuma musykil sebab kecederaannya teruk sehingga pencuri terpaksa dipindahkan ke Hospital Kota Bharu. Dari Jerteh ke Kota Bharu. Jauh tu. Agak-agaknya mau koma kena pelangkung dengan orang kampung.

Itula harga yang perlu dibayar oleh pencuri itu. Adakah manusia sekarang sedang sempit tatasusila dan harga diri? Tergamak mencuri di rumah Allah. Adakah manusia kini suka meletakkan undang-undang di tangan sendiri seperti Perhimpunan Bersih 3.0. Adakah dunia ini tidak berlaku adil kepada semua manusia. Entahla, jika difikir-fikirkan semula, banyak perkara-perkara 'pelik' berlaku kini.

Semoga kita dijauhi daripada malapetaka dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t

1 comment: