Pages

agoda.com INT Lazada MY

Pengalaman menikmati Pizza Hut yang mengerikan

Salam untuk semua. Semoga semuanya baik-baik belaka. Entri kali ini lebih berkisarkan pengalaman aku dan isteri yang berlaku semalam di Restoran Pizza Hut, Sitiawan. Anda suka Pizza? Pernah makan Pizza? Soalan yang tak sepatutnya aku tanya kan. Semestinya pernah sekali dalam hidup kita pernah menikmati Pizza.

Pizza Hut adalah rangkaian francais makanan itali ini yang pertama sebelum Domino's dan Papa John. So, sudah semestinya nama Pizza Hut lebih sinonim dengan rakyat Malaysia. Baru-baru ini ada dilancarkan menu bukan berasaskan Pizza untuk para pelanggannya. Sebabkan ada menu terbaru dan promosi yang dibuat, aku dan isteri tertarik untuk menikmati hidangan yang menjadi kegemaran kami berdua.

Sampai sahaja di restoran, seperti biasa kami berdua memilih Pizza dan satu hidangan tambahan iaitu Choc Volcano. Semuanya berjalan lancar sehinggalah 'peak hour' tiba. Pelanggan semakin ramai dan pesanan mula banyak. Ketika ini, hidangan Pizza kami sudahpun habis dan hanya ingin menunggu desert iaitu Choc Volcano. Tunggu punya tunggu sehingga 30 minit dan tiada apa-apa tindakan daripada waitress sedangkan telah diberitahu. Ketika inilah mula hilang mood. Dah jadi nak marah.

Iyalah, servisnya lambat. seingat aku, lebih dari 3 kali pertanyaan diajukan pada waitress disitu. Hinggalah yang keempat memberikan respon. Ketika itu memang dah sampai tinggikan suara. Jika tiada desert tu aku just nak cancelkan je. Buat apa tunggu lama-lama. So, rata-rata pelayan disini agak muda dan pada pendapat aku mereka ini belum terlatih sepenuhnya. Average mungkin dalam umur 20-an. Muda sangat untuk handle perangai pelanggan yang berbagai.

Insiden 1: Seorang uncle Cina marah-marah sehinggakan kedengaran suara 'Mana orang amik order?! Order sana ke sana??' Muka pelayan semua jadi cuak.

Insiden 2: Ntah dari mana datangnya, lalat pula datang dengan banyak. Jika pelayan sibuk mengelap meja dari kekotoran, takkan lalat datang sebegitu banyak.

Insiden 3: Order tak boleh dicancelkan?? Betulkah? Sedangkan pelanggan telah lama menunggu?? Kesilapan pelanggan ke pelayan?

Insiden 4: Walaupun dengan berbagai-bagai perkara yang terjadi, aku terpaksa  juga bayar caj servis 10% daripada nilai makanan. Ini belum termasuk 6% caj kerajaan. Aku tak kisah sangat tentang cukai ni sebab aku yang nak makan, tapi kalau macam ni servis dan layanan restoran, aku rasa macam tertipu dan dianiaya.

Cadangan/Pemerhatian aku:

1.  Aku harap Pizza Hut cawangan Sitiawan kena ambil berat tentang rungutan pelanggan. Dahulu ada sistem 'calling' diatas meja untuk panggil pelayan. Kini sudah tiada. Mungkin sebab tak mampu nak cope up dengan demand pelanggan. Jika tidak, nombor sering naik atas skrin je la. Dan bunyi loceng berterusan.

2. Jangan harap yang pelanggan akan faham masalah tidak cukup staf atau tak menang tangan. Jika ramai pelanggan yang datang, kena pandai uruskan. Perlu ada Supervisor yang pandai jaga hati pelanggan dan atur gerak pekerja bawahan.

3. Pelanggan tidak akan membantu seperti pergi ambil sos sendiri atau ke kaunter membuat bayaran. Jika ada, memang banyak membantu restoran. Jika tidak, itu adalah tugas pelayan sebab pelanggan bayar servis caj mereka.

4. Tiada 'leadership' dikalangan pelayan restoran. Aku tak nampak Supervisor mengatur gerak pelayan-pelayan. Yang aku nampak pelayan buat kerja mengikut 'flow' sahaja. Jangan bersikap begini. Ada sesetengah pelanggan yang fussy, ada yang tidak. Takkan Pizza Hut nak layan pelanggan yang tak fussy sahaja. Tak boleh sebabnya Pizza Hut adalah restoran yang memberi perkhidmatan dan pelanggan adalah mereka yang berbelanja untuk menikmati juadah disitu. Daripada pelangganla Pizza Hut mendapat untung, dan gaji-gaji pekerja boleh dibayar.

Kesimpulannya, Pizza Hut perlu ambil berat aduan ini untuk membaiki mutu perkhidmatan. Pizza Hut Sitiawan wajar juga dipuji sebabkan membuat renovation terhadap restorannya. Design dan kekemasan yang lebih terserlah. Tapi percayalah, pelanggan lebih mengutamakan servis dan kecekapan pelayan seperti di kedai mamak. Jika kedai mamak dapat buat pizza sesedap Pizza Hut, akulah orang yang akan pergi kedai mamak makan pizza. Jangan buat reputasi Pizza Hut jatuh disebabkan servis yang sebegini.

4 comments:

  1. Dah lama tak makan pizza hut sbb service dia tak secermelang dgn apa yang di bayar. normally order dominos or walk in to papa john.
    Mostly staff pizza hut and KFC jugak mesti dilatih betul-betul. takkan hari-hari dorang nak kena tadah telinga kena maki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula, bikin panas je tgk servis diorang.

      Delete
  2. ingatkan ada gambo pizza hut yg seram tu.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pizza memang superb! tak seram. Yang seram caj servis yang tak sepadan dengan servis yang diberikan.

      Delete