Pages

agoda.com INT Lazada MY

Satu Pagi Yang Pelik

10 Mei 2012 akan menjadi satu tarikh keramat bagi aku kerana sesuatu yang pelik telah berlaku dalam blog Untuk Semua. Rasa teruja, dihargai dan bersemangat mula mengalir dalam salur-salur darah tubuh badan ini.

Seperti biasa, apabila masuk ke pejabat, aku akan buka email untuk melihat hal-hal terkini yang mungkin perlu aku ambil tindakan. Tapi apa yang aku dapati adalah emel-emel maklumbalas daripada blogger-blogger yang hanya aku kenali di ruangan komen blogger famous.

Perasaan pelik menyelubungi diri aku, ‘Apa kejadahnya diorang ni komen bagai kat aku punya blog ni?, tak pernah-pernah diorang mencemar duli jejakkan kaki ke sini?’ ‘Hmm, there must be something wrong, I guest’. Komen yang aku rasa teruja adalah daripada Bro Eyriqazz ini, sehinggakan aku rasa cuak walau hanya nak klik emel tersebut untuk lihat apa yang dikomennya. Aku risau sekiranya aku ada buat salah terhadap dia.

Yerla, aku bukannya arif sangat pasal akta-akta dalam blogging ni. Ntah-ntah bro Eyriqazz nak caj aku sebab plagiat ke or what eva yang aku rasa negatif. Sedangkan seingat aku, ‘kesalahan’ aku hanyalah entri yang aku publish INI. Itupun dah dapat kebenaran dari tuan punya blog. So, apa salah aku?

Lepas termenung seketika memikirkan apa yang perlu aku buat seterusnya, aku ambil keputusan untuk terjah blog Eyriqazz yang selalunya dan sentiasa mendapat terjahan ganas dari aku. Rupa-rupanya, bro Eyriqazz hampir menitik air mata di atas ’kesalahan’ aku. Aku ingatkan bro Eyriqazz yang nama samarannya seperti Mat Tiger or Mat Tiang ni mempunyai hati yang kental. Rupanya haram lembut jugak. Macam kerak nasi la ni kalau nak diibaratkan. Titis-titis atau percik-percik air ke atas, lembut juga akhirnya.

Rupa-rupanya sumber traffik pagi itu adalah daripada link yang diletakkan dalam blog beliau. Anyway, thanks for that Bro Eyriqazz. And whateva you read in that POST is totally and honestly from the bottom of my heart. (Ayat lelaki jambu, nak muntah, uwekkk!!)

2 comments:

  1. bukan eiriqaz aje..aku pun tolong panaskan lagi..hehehe..

    ReplyDelete