Pages

agoda.com INT Lazada MY

Pulau Orang Utan Bukit Merah



Pulau Orang Utan
Pulau Orang Utan adalah destinasi wajib yang mesti anda pergi sekiranya bercuti ke Bukit Merah LakeTown Resort. Mengapa saya kata begitu, ia dapat mengajar anda erti kepentingan conservation untuk mengelakkan Orang Utan pupus di masa depan. Mungkin ianya tidak penting bagi anda, tapi bagi generasi depan adalah sangat penting.

Antara kerjasama dengan universiti yang dijalankan




Kita perlu bersama-sama mengelak dari pupusnya Orang Utan di Malaysia ini. Ia sama penting seperti kita mengkaji haiwan dinosaur yang telah pupus jutaan tahun yang lampau. Pemeliharaan Orang Utan di sini sangat bersistem dan terurus. Daripada bantuan perubatan sehinggakan proses kembalikan Orang Utan ini ke tempat asal mereka iaitu Sarawak.

Bergayut je la kerjanya
Melihatkan kegigihan petugas perawatan, renjer dan doktor veterinar disini amat mengkagumkan dan inspiring. Tidak ramai yang sanggup bekerja seperti mereka bersama-sama Orang Utan dan tinggal di pulau ini untuk menjaganya. Sangat mengkagumkan dengan semangat dan kesungguhan yang mereka tunjukkan.

Tunjang kejayaan konservasi Orang Utan di sini
Pulau ini mempunyai lebih kurang 24 ekor Orang Utan yang berbeza-beza umur dan jantina. Kelakar dan lucu bila mendapat tahu ada Orang Utan yang gilakan perhatian daripada manusia and indeed, it’s very true. Namanya Adam. Dimana sahaja anda pergi dia akan ikut dan tunjukkan aksi-aksi terhebatnya. Pelbagai karakter mereka jika diperhatikan. Mereka mempunyai 98% DNA seperti manusia, 2% adalah peti suara mereka yang lain dari manusia. Ini maklumat yang diberitahu.

Jika lihat daripada kerjasama yang terjalin antara Pulau Orang Utan dan universiti tempatan dan luar negara, inisiatif konservasi Orang Utan seakan berjaya dan wajar dipuji. Dari pemerhatian aku, Orang Utan disini dijaga dengan baik, cukup makan dan perhatian. Kandangnya yang bersih dan terjaga dengan baik.
Petugas yang sangat dedikasi di Nurseri

Satu tim perubatan yang diketuai oleh seorang Pakar Bedah Veterinar adalah satu langkah yang baik. Aku puji inisiatif ini.  So, bersamalah kita membantu agar usaha mengelakkan Orang Utan daripada pupus dari Malaysia ini berjaya. Good Job to Yayasan EmKay dan sumbangan orang ramai yang membiayai usaha ini. Semoga tuhan mengurniakan pahala dan ganjaran buat kalian.

2 comments:

  1. tak pernah tengok orang utan secara live,,asyik kat tv jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah boleh datang sini untuk lihat yg real punya. Jom Melawat Perak!

      Delete