Pages

agoda.com INT Lazada MY

Sejarah Hidup Kita Sedang Dirakamkan

Rata-rata ramai yang dah share video pendek A Look Back daripada Facebook bukan?

Teruja bila kenangan kita diabadikan dan dapat dijadikan video seperti itu.  Yerla, at least untuk orang yang tak reti gunakan perisian movie maker macam aku.  Namun impak yang diberi hasil daripada penghasilan video pendek tersebut memang memberi kesan. Tetapi, aku terfikir juga bagaimana Mark dan Tim Facebook memilih gambar, post atau sejarah hidup kita tersebut?  Adakah secara random mahupun ada signifikan yang tersendiri.  Timbul pula lepas tu, adakah data kita semua di simpan dalam satu super komputer database di Amerika?  Dan pada bila-bila masa sahaja kita boleh menerima akibat buruk dari salah laku dan sikap tidak berintegriti manusia yang tamak?  Dan aku pasti memang data kita telah tersimpan.  Sebab itulah mereka yang menggunakan iklan Facebook dapat akses kepada data-data pelanggan daripada data collection yang telah dibuat oleh Facebook.

Agak bahaya jugakan?  Jika kita pernah lihat movie The Social Network tu, memang agak menakutkan juga bila Marc dan gengnya menulis tujuan mereka mencipta Facebook.  Walaupun lebih ke arah negatif, namun tiada siapa yang boleh deny yang Facebook juga adalah satu sumber yang boleh menjadi leverage untuk kita memperoleh pahala.  Tinggal lagi siapa yang mengendalikannya saja. Jurang sempadan antara kita tiada lagi. Di alam maya. Namun kita rasa janggal pula nak berinteraksi dengan org di alam realiti.  Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W dah ajar kita untuk sebarkan salam agar permulaan kepada hubungan silaturrahim dapat dibentuk.  Dan dengan adanya Facebook, dia agak contradict dengan nasihat yang diajarkan oleh Rasulullah.

Walau apapun yang dibahaskan tentang perkara ini.  Ada kalanya kita kena bersikap atau beri peluang 'Give the benefit of the doubt'. Jangan serius sgt sehinggakan perkara yang sepatutnya kita serius tidak dibuat.  But hey, so macam mana video pendek korang?  Mesti menarik kan?  Di bawah ni video pendek yang Marck dan Tim Facebook nya create kan untuk aku. Layan saja. :)


5 comments:

  1. betol3...tapi best jugak tgok vidoe kita sndiri di FB..hehe :)

    ReplyDelete
  2. nampak pro macam ni, boleh simpan untuk untuk kenangan akan datang.

    ReplyDelete
  3. Emm seronok gak layan video tu..hehe..tapi sayang..saya tak ikuti perkembangan ni..leh buat lagi ke macam video bro buatkan ni?

    ReplyDelete